Wednesday, August 8, 2012

Menu Idaman di Bulan Ramadhan

...Asalammualaikum...

Kalau dah namanya pun bulan puasa aku akan bercerita lah pasal bulan Ramadhan ni. Walaupun dah masuk 19 Ramadhan aku tetap jugak nak cerita pasal Ramadhan aku.

Kalau dah masuk bulan Ramadhan ni memang tak larilah dari menu yang menjadi santapan kita sama ada untuk bersahur mahupun berbuka puasa. Bila masuk bulan Ramadhan ni aku memang tak lari dari makanan idaman aku. 

Kalau tak makan makanan ni masa bulan Ramadhan macam tak lengkap pulak puasa ni. Hahak! Sebabnya menu yang aku idamkan ni susah nak dapat dalam hari-hari lain. Bulan puasa je banyak menu macam ni. Banyak pilihan.

Menu yang aku idamkan masa bulan Ramadhan ni dan aku dah dapat pun melantak makanan ni semalam. Habis licin! Sehingga menjilat jari!

1. Murtabak


Bulan Ramadhan punya murtabak ni best. Naik selera nak makan. Semalam aku beli 2 keping Murtabak. 1 Murtabak danging dan 1 Murtabak ayam. Sekeping RM5. Terkejut mak aku murtabak mahal macam ni. Tapi murtabak ni lebar. Sedap plak tu. 

Lokasi pembelian murtabak ni adalah di Bazar Ramadhan Kip Mart Kota Tinggi.

2. Nasi Kerabu



Pertama kali aku rasa makanan ni semasa aku di KMNS. Ada bazar kat KMNS. Kawan aku yang dari Kelantan rekemen aku makan Nasi Kerabu ni. Aku ni susah nak say no! Terus aku beli. Start aku beli tu terus jadi peminat tegar Nasi Kerabu. Nak di jadikan cerita, bulan Ramadahan kat KMNS tahun tu aku berbuka Nasi Kerabu selama sebulan!

Sampai sekarang aku memang minat Nasi Kerabu ni. Nak suruh mak aku buat tak pandai. Lastly semalam aku beli Nasi Kerabu. Cuma Nasi Kerabu yang aku beli tu tak sesedap macam kat KMNS. Paling best aku beli Nasi Kerabu kat Kuala Pilah. Kat Kota Tinggi ni tak sedap nasi kerabunya.

Lokasi aku membeli Nasi Kerabu ni ialah di Taman Laksamana Kota Tinggi.

Kalau aku pergi bazaar lagi, aku nak memborong kuih. Semalam merupakan hari pertama aku membeli belah di bulan Ramadhan. Selama ni mak aku masak memasak je di rumah. Dah lama tak makan masakan mak, so aku biarkanlah mak aku masak. Jarang sekali membeli belah makanan kat bazaar. 

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


5 comments:

  1. nasik kerabuuuuuuuuu
    arghhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Nasi kerabu adlah makanan kegemaran...mmg sedappp...

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan..Akak awal2 Ramadhan dah ngap murtabak dah. Hi hi... Tapi bukan la feberet sangat...Dah my hubby beli, makan ja la...

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan murtabak tau...
    mcm roti canai je rupanya..=p

    ReplyDelete
  5. nasi kerabu. sgt sedap. tapi kat Johor ni, susah nak dpt.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...