Sunday, August 26, 2012

Konvoi Aidilfitri 2012

...Assalamualaikum...

Jumaat, 24 Ogos 2012 peristiwa Konvoi Aidilfirti 2012 berlangsung. Nak dijadikan cerita tiap-tiap tahun aku berkonvoi. Eh, jap! Tahun lepas aku tak dapat nak berkonvoi di sebabkan sibuk untuk persiapan masuk  universiti.

Tahun ni aku membalas dendam untuk berkonvoi. Tahun ni berkonvoi memang ramai. Tak macam tahun-tahun yang lepas. Kalau tahun-tahun yang lepas 5-6 orang je. Tahun ni ambik kau sampai 5-6 kereta. Mahu tak meriah Konvoi Aidilfitri tahun ni.

Konvoi kitorang ni kiranya macam reunion lah. Bila dah berjumpa, macam-macam cerita keluar. Cerita masa form 1 pun boleh terbit balik.

Konvoi bermula di Sungai Ara. Setengah jam perjalanan dari bandar Kota Tinggi. Kat sana 3 buah rumah kitorang beraya. Selepas solat jumaat sambung semula Konvoi Raya. Petang tu, kitorang beraya 5 buah rumah. Petang tu beraya di area bandar Kota Tinggi je.



Time ni beraya kat rumah Aisyah Nur. Di Sungai Ara. Ni rumah ketiga kitorang beraya. Ni sebahagian ahli konvoi. 5 orang tak masuk dalam gambar.

Semua rumah yang kitorang datang tu semuanya makan makanan yang berat-berat. Naik buncit perut. Bila rumah terakhir je dah tak larat. Satu pinggan mee kongsi 3 orang. Nampak sangat kekenyanagannya tu.

Ingat kan nak sambung sampai malam, tapi apakan daya perutnya masing-masing sudah kenyang. 

Rumah yang kitorang serang adalah rumah kengkawan lama dengan rumah cikgu cikgu sekolah menengah. Dah 4 tahun tinggalkan zaman sekolah. Masing-masing dah besar. Ada yang dah jadi tunang orang pun.

Dah banyak celoteh. Sini aku bagi lagi gambar. Kredit to Qaseh Zurafik.

Gadis-gadis konvoi. Cun tak? Ramai antara diorang ni dah berpunya. Yang dah bertunang pun ada. 

Jejaka konvoi. Kami pemalu sikit. Tu yang macam nyanyi lagu negaraku je.

Sopan para gadis ni. Duduk bersimpuh. Ni lah gadis Melayu idaman Malaya. Pilihlah mana yang berkenan.
Itu pun kalau dapat.

Jejaka konvoi ni bergelak sakan. Apa ntah yang lucu sangat. Gelak memanjang.

Di rumah Cikgu Hafizah. Kat rumah cikgu ni kitorang makan spagetti. Sedap pulak tu.

Sebenarnya banyak lagi rumah nak dilawati. Tapi tak sempat. Tahun depan nak berkunjung 3 hari berturut-turut. Baru meriah dan berpuas hati. Kalau boleh naik bas sekali.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



notaFO: Tengah merancang untuk ke Walimatulurus Cik Siti. Rakan sekelas aku masa form 4 dengan form 5.

4 comments:

  1. bestnya jalan2...=)
    tp kenapa kumbangnya tak banyak?
    bunga yang banyak.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Kala car pool dapat jimat duit sama-sama boleh kongsi duit minyak kereta. :-)

    ReplyDelete
  3. sonoknya dapat konvoi ramai2 g beraya ni kan..hehe
    ala2 reunion gitu =)
    nasib baik ciksu dah pindah,kalau tak nak je ajak datang ke bandar seri alam,masai beraya..hik3

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...