Saturday, August 25, 2012

Perkara Yang Memalukan Seorang Lelaki

...Assalammualaikum...

Lelaki. Sering dikenali seorang yang keras, gagah dan perkara. Tidak lembik. Berjiwa kental. Betul tak? Namun, lelaki juga tidak lari dari perasaan malu. Malu sebab apa?

Di sini aku akan listkan perkara yang boleh membuat lelaki berasa malu.



1. Menangis kerana movie
Walau cerita sedih macam mana pun cerita tu, lelaki tetap cool. Tak menangis teresak-esak. Lebih-lebih lagi menangis di depan kawan lelaki yang lain. Bagi lelaki memang memalukanlah menangis sebab tengok movie. Lebih-lebih lagi tengok filem sedih romantik macam Ombak Rindu. Malu weh!

2. Tak boleh memandu/menunggang
Memang tersangatlah malu jika lelaki tui sendiri tak pandai memandu/menunggang. Kalau tak boleh mereka akan tetap cari alasan untuk mengelak dari memandu/menunggang. Mungkin ada alasan kenapa lelaki tak boleh nak memandu/menunggang. Tapi, memang melalukanlah bagi lelaki bila tak boleh memandu/menunggang sebabnya perempuan pun boleh buat semua tu.

3. Dimarahi didepan orang ramai
Sanggat memalukan bagi lelaki bila ada orang yang memarahi dia di depan orang ramai. Lagi-lagi kalau orang yang marah lelaki tu menjerit-jerit. Bila lelaki di marahi di depan orang ramai, dia akan buat muka tak tahu. Itu tandanya dia tengah dilanda perasaan yang begitu malu.

Ini sahaja perkara yang memalukan lelaki yang aku tahu. Jadi, janganlah buat lelaki jadi malu. Untuk mengelak dari menjadi malu, lelaki akan cari alasan supaya dia tidak menjadi malu.

Rasanya betul tak apa yang aku sampaikan seperti di atas. Pendapat dan komen anda amat diperlukan supaya bertambah lagi ilmu dan sharing info between us.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



7 comments:

  1. pasal menangis kerana muvie tu rasanya xsalah kot ;)hehe
    tp kalau xreti memandu tu mungkin la boleh memalukan, tp boleh belajar & belajar lg kan.. haa, kalau pasal kena marah tu xdapat la teman nak nolong ;)

    ReplyDelete
  2. member aku nangis masa tgk citer lagenda budak setan. sminggu kena bahan. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang macam tu... suka bahan org... sekal;i kena btg hidung sendiri padan muka...

      Delete
  3. macam comel ja teriak sebb tengok movie yang tacink...he3..

    ReplyDelete
  4. ada lagi.. certain lelaki malu nak bagi tau yang dia suka kat seseorang, takut kena bahan dengan kawan-kawan.. haha

    ReplyDelete
  5. Saya suka lelaki yg menangis utk keluarganya..sbb itu tandanya dia amat menyayangi mereka lebih dari diri dia sendiri,dan disitu juga saya akan nmpak yg dia seorang lelaki yg mementingkan kekeluargaan..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...